TAZ 'Spinnerz' Juara bagi kumpulan H
peringkat kelayakan kejohanan Futsal XBiz ke-3


Oleh David E.Carter

7 dari TAZ 'Spinnerz'

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - XBIZ Futsal 'A', FC Phosphors, Knights, Creativol, Red Butterfly, Sensasi, Taz Futsal "Spinners", XII Futsal Brothers mengiringi ABDB FT 'B', Kota Junior, Pega Star 'A', Shah Utd 'A', Shah Utd 'B', Our Team, Power Rangers dan Projek Ikan Pusu 'B' mara ke pusingan kedua Kejohanan Futsal XBIZ Ketiga.

Dalam perlawanan semalam, XBIZ Futsal 'A' mengungguli carta teratas Kumpulan E, diikuti FC Phosphors di tempat kedua, manakala dalam Kumpulan F, Knights lebih awal layak walaupun berbaki dua perlawanan lagi bersama Creativol, sekali gus menidakkan laluan pasukan pilihan, ABDB FT 'A'.

Layak dari Kumpulan G adalah Red Butterfly yang memenangi semua perlawanan mereka diikuti Sensasi di tangga kedua, sementara Taz 'Spinners' layak dari Kumpulan H selaku juara diikuti XII Futsal Brothers selaku naib juara kumpulan.

Perlawanan peringkat kumpulan bagi Kumpulan I, J dan K akan diadakan Ahad ini bermula 9 pagi hingga 7 malam di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Berakas.


0 comments: