TAZ 'Spinnerz' kumpulan H dan TAZ 'Squadz' kumpulan I
dikejohanan Futsal XBIZ ke-3

Oleh Alimin Alli
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - 66 pasukan yang datang dari daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait akan berentap menyahut "Beat the Unbeatable Futsal Challenge 2008" bagi merangkul gelaran juara Kejohanan Futsal XBiz Ke-3 bermula Ahad ini.

Pasukan berkenaan dibahagikan kepada 11 kumpulan iaitu 1 pasukan bagi setiap satu kumpulan yang dinamakan dari A hingga K melalui cabutan undi yang diadakan malam ini di Dewan Kuliah Sekolah Perdagangan.

Kumpulan A mengandungi Wira 8 FT, Sungai Liang FC, Kota Junior, Bear Hill FC 'B', ABDB FT 'B' dan Frenstar Reunited, manakala Kumpulan B dibarisi Furious FT, Projek Ikan Pusu 'A', Eagle FC, Pegastar 'A', Dos Concious dan Shah Utd 'A'.

Kumpulan C melibatkan YSHHB, Rio FC, Pegastar 'B', FFT, Shah Utd 'B' dan Our Team, sementara Syahkampong, KS Ganaz 'A', Projek Ikan Pusu 'B', The Green Eyes, Bear Hill FC 'A' dan Power Rangers berada dalam Kumpulan D.

Poison FC, Pegastar 'C', Sx Relogio, XBiz Futsal 'A', Iguana dan FC Phosphors berkumpul dalam Kumpulan E, manakala Kumpulan F diisi Squad 16, Pegastar U-21, KS Ganaz 'B', ABDB FT 'A', Knights dan Creativol.

Membarisi Kumpulan G ialah AKA FC, Star FC, Sensasi, Minus One, RIB 1 dan Red Butterfly, sementara TAZ 'Spinnerz', All Dreams FC, XII Futsal Brothers Club, Line Clear, Bob Futsal dan Footloose akan berentap dalam Kumpulan H.

Termasuk dalam Kumpulan I adalah TAZ 'Squadz', X1, BAG Networks, PT FC, RG FC dan Fuyoo Utd, manakala bersaing dalam Kumpulan J ialah CIS FT, XBiz Futsal 'B', AFFC, Kama, Prison Breakers dan Ahad Family 'A'.

Kumpulan K pula akan menyaksikan pertembungan Pirates, Kemas V2, Centro Maestors, Hurricane FT, Ahad Family 'B' dan Kickers.

Semua perlawanan diadakan di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Berakas dengan pusingan kedua hingga peringkat akhir dilaksanakan dalam format knock out akan berlangsung pada 28 Disember.

0 comments: